Want your
own Fotopage?









 
Selamat Datang Ke MKRsnapshot.fotopages

By: Roshidi Abu Bakar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Friday, 27-Jun-2008 14:53 Email | Share | | Bookmark
Dtaran Merdeka

 
 
 





Dataran Merdeka

Satu tempat yang menarik untuk dikunjungi tak kira siang atau malam. Boleh dikatogerikan sebagai salah satu tempat yang bersejarah pada suatu masa dulu ketika Malaysia baru mencapai kemerdekaan sewaktu zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Itu semua kenangan yang sudah berlalu dan kisahnya telahpun dibukukan. Tapi kini, ianya menjadi tempat lepak para remaja dan warga asing... Itulah perubahan zaman... Bagaimana pula zaman anak cucu kita nanti??? Apa pula akan jadi pada Dataran Merdeka ni??? Renungkanlah... Sama-samalah kita memelihara tempat bersejarah ini daripada ditelan zaman yang bertahtakan maksiat...

Lokasi : Dataran Merdeka
Tarikh : 24 Jun 2008
Masa : 1.30 pagi
DreyanzColourGroup
Crew Roshidi dan Crew Alinadi



Care to comment?


Monday, 23-Jun-2008 15:51 Email | Share | | Bookmark
my wife



Salah seorang daripada dua wanita yang paling aku cintai.


>> cantik shot ni...
>> perfect lighting...
Mon 23-Jun-2008 16:48
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
sori..lama x singgah fp ni... " kembali lagi...." n3 terbaru jue Fri 27-Jun-2008 16:06
Posted by:jue  - [Link]
cantek wife u ni,turun pula kat anak..
so lucky !!
Tue 8-Jul-2008 09:30
Posted by:rastaherny photography rastaherny@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 23-Jun-2008 15:35 Email | Share | | Bookmark
lifestyle...

 
 
 




Lokasi : Kolam ikan (Tak pasti kat mana) hehehe...
DreyanzColourGroup
Crew Roshidi



bro...
lu ngan ayor memang x dpt dipisahkan la...
Thu 26-Jun-2008 02:14
Posted by:botak
hahaha... botak... botak... mcm laa lu tak kenal gua... Thu 26-Jun-2008 03:01
Posted by:sheedy  - [Link]
Add comment


Sunday, 22-Jun-2008 16:01 Email | Share | | Bookmark
Gunung Ledang Resort

 
 
 






Entry kali ni biasa saja hanya sekadar berkongsi gambar dan pendapat ketika saya dan keluarga bercuti di Gunung Ledang, Johor. Tempatnya sungguh menarik dengan suasana yang tenang dan nyaman membuatkan pengunjung terpukau seketika dengan keindahan alam flora dan faunanya yang mengasyikkan. Tidak ada apa untuk diperkatakan lagi melainkan menunggu pendapat dan pandangan yang membina dari anda semua... hehehe...

Lokasi : Gunung Ledang Resort
Tarikh : 22 Mei 2008
Masa : 10.00 pagi
DreyanzColourGroup
Crew Roshidi





wah, syiok nyer mandi-mandi. membuatkan aku terase nak berkelah. lama dah tak pegi berkelah ni. Sun 22-Jun-2008 23:02
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
wah bestnya shoot gmbr2 kat gunung ledang Mon 23-Jun-2008 04:08
Posted by:AyiePictorial  - [Link]
Add comment


Tuesday, 17-Jun-2008 13:46 Email | Share | | Bookmark
National Monument

 
 
 





Tugu Negara
Pembinaan Tugu Negara telah diilhamkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1963 sebagai memperingati semua pahlawan yang gugur dalam peperangan mempertahankan kedaulatan negara termasuk mereka yang terdahulu. Kawasan yang dikhaskan untuk Tugu Negara meliputi tanah seluas kira-kira 48,562 meter persegi menghala ke Taman Tasik. Komplek Tugu Negara ini mengandungi lima komponen utama iaitu Tugu Negara, kolam air pancut, astaka, tugu peringatan dan taman tambahan.

Tugu ini dibina dengan tujuh patung gangsa yang melambangkan kemenengan pasukan tentera menghadapi musuh. Reka bentuk tugu ini telah diilhamkan oleh seorang pengukir berbangsa Amerika, Felix De Weldon dan siap dibina pada awal tahun 1966. Upacara perasmiannya telah diadakan pada 8 februari tahun yang sama. Mulai dari itu, upacara tahunan untuk memperingati pejuang yang gugur telah diadakan disini.

Sebelum ini sebuah tugu telah didirikan berhampiran dengan stesen kereta api selepas Perang Dunia Pertama berakhir, untuk memperingati para pejuang yang gugur semasa peperangan tersebut. Perbarisan ringkas diadakan disisi tugu peringatan ini pada setiap 11 November. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, nama-nama pejuang yang terkorban telah ditambah pada tugu peringatan tersebut sehingga diganti dengan Tugu Negara yang ada Sekarang.

(Salinan semula dari sumber asal di Tugu Negara)

A : "Where's National Monument? National... Monument..."
B : Takper...Takper... Biar aku jawab... "You go straight don't belok-belok..."


Salah satu ayat yang paling kelakar dalam iklan The Star. Dari situlah timbulnya ilham untuk aku menghabiskan pagi cuti hujung minggu aku yang lalu di sana. Ternyata masih ramai pengunjung dalam dan luar negara datang melawat tugu tersebut. Aku amat teruja dengan kehalusan seni tangan pengukir tersebut. Sungguh teliti hasil kerjanya. Kepada sesiapa yang sudah bertahun-tahun tidak menjengah tugu tersebut pergilah melawat tugu tersebut buat beberapa ketika kerana hanya disitulah letaknya lambang pengorbanan mereka dan sedikit sebanyak juga ia akan sentiasa mengenangkan kita tentang pengorbanan para pejuang yang gugur dalam peperangan. Tanpa mereka siapalah kita. Kemewahan, kedamaian dan keharmonian dengan berbagai bangsa yang kita kecapi sekarang sedikit sebanyak adalah dari hasil usaha mereka juga. Jadi, bawalah keluarga melawat Tugu Negara hanya sekadar memperingati pengorbanan mereka.

Tempat : Tugu Negara, Kuala Lumpur
Tarikh : 14 Jun 2008
Masa : 10.30 pagi
DreyanzColourGroup
Crew Roshidi dan Nek



gud idea..lame x p cni..dlu mase kck2 penah..tu pon skali je.hehe Thu 19-Jun-2008 14:35
Posted by:.:hanif azman:.  - [Link]
bro..
destinasi lps ni kat ner lak...
Fri 20-Jun-2008 02:36
Posted by:botak  - [Link]
x ingat biler last gie tmpt2 nie Sun 22-Jun-2008 08:46
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 16-Jun-2008 15:16 Email | Share | | Bookmark
Patah tumbuh hilang berganti...



Patah tumbuh hilang berganti...


cute little fellow... Mon 16-Jun-2008 16:55
Posted by:p o l i n i  - [Link]
>> itulah lumrah kehidupan... Mon 16-Jun-2008 17:26
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Sunday, 15-Jun-2008 20:04 Email | Share | | Bookmark
KL Bird Park, Malaysia

 
 
 







Aktiviti minggu nie sungguh menyeronokkan walaupun entry tak sebegitu hebat. Lokasi yang aku pilih kali ni adalah KL Bird Park, Malaysia. Aku tidak menyangka sama sekali bahawa Malaysia pun ada Taman Burung sehebat nie. Pada mulanya aku merungut juga kenapa dikenakan harga tiket yang mencecah RM15 tapi bila aku jejak jer kaki kat "main entrance" aku dah mula dapat merasakan 'kehangatan' yang bakal aku tempuhi. Sungguh teruja apabila aku melihat pelbagai spesis burung hutan dan burung peliharaan berkeliaran di dalam taman itu. Aku dapat merasakan bahawa yang aku nie memang tidak pernah mengambil kisah tentang taman burung yang sebegini menarik sedangkan pelancong asing berpusu-pusu ingin melawat ke sini dan mereka pula perlu membayar harga tiket yang lebih tinggi dari kita iaitu RM35. Ternyata harga tiket yang aku bayar berbaloi dengan apa yang aku dapat. Keindahan dan keunikan burung-burung disini sungguh memukau pengunjung yang datang kesini dengan pelbagai telatahnya. Pelbagai aktiviti dijalankan disini bersama burung seperti bird photography, Lorries feeding, Ostrich feeding, free flying bird feeding, bird show, eagle feeding dan berbagai lagi. Aku sungguh tertarik dengan alam ciptaan Tuhan dimana walaupun seekor burung tapi pelbagai warna dan corak pada bulunya sungguh cantik.
Aku sempat bertanyakan pada seorang pelancong asing dari Singapura bagaimana dia mengetahui Taman Burung (KL Bird Park ler tuu) yang sehebat nie?? Dia kata, dia mengetahui dari rakyat negaranya dan kawan-kawan yang sering menceritakan tempat nie... Lihat ... Warga asing pun mampu menilai keindahan dan kecantikan alam bumi kita sedangkan kita membazirkan duit melancong ke negara luar dimana matawang luar lebih jauh tinggi dari kita. Mengapa perlu membazir sedangkan kita punyai segalanya? Cuma kita saja tidak pandai memilih tempat dan masa. Aku bukan mempromosikan KL Bird Park tapi sekadar memberitahu dan berkongsi pendapat dengan anda semua bahawa KL Bird Pard adalah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi walaupun aku sendiri pun tidak mengetahui suatu masa dahulu. Apa yang ingin aku dijelaskan disini bahawa melanconglah di negara sendiri dahulu kerana anda akan dapat kepuasan sepertimana yang anda kehendaki dan anda akan tahu rahsia disebalik negara anda sendiri. Pecayalah...
Untuk keterangan lanjut sila layari : http://www.klbirdpark.com

Lokasi : KL Bird Park
Tarikh : 14 Jun2008
Masa : 8.30 pagi
DreyanzColourGroup : Crew Roshidi dan Nek



gambo atas sekali.... comei sungguh...
15 hinggit..... hahahhahahahhahaha... pei sorang ok la... kalau bawak rombongan.... bengkok...
gambar cantek dan penuh warna warni....
Mon 16-Jun-2008 00:42
Posted by:adi  - [Link]
wahhh, mesranya burung-burung tu dgn encek Sheedy. Gambar yang di tangkap pun nice nice blake. Semalam saya pegi taman rama-rama sekitar Taman Burung kat Kuala Lumpur tu. Best gak dapat tangkap gambar rerama. Memula plan nak pegi taman burung skali tapi masa dan ekonomi pada masa itu tak mengizinkan. bila-bila nanti nak pegi jugak la Taman burung. Mon 16-Jun-2008 01:41
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 10-Jun-2008 18:17 Email | Share | | Bookmark
Teman ketika sepi...

 
 
 






Antara kenangan yang sentiasa bermain di benak fikiran aku... Ini antara beberapa ratusan ekor ikan di kolam bapa aku. Aku juga mempunyai minat dan hobi yang sama seperti bapaku. Suatu masa dulu, ketika aku berusia awal belasan tahun (11 tahun kot rasanya) aku pernah beria-ia untuk membina sebuah kolam untuk memelihara ikan tapi bapa aku cakap... "Tak payahlah... Hang tu kecik lagi, nanti dah besar buat la kolam besar mana pun... Kalau dah teringin sangat nak bela ikan bela ja kat dalam akuarium tuu" Aku terus merajuk dan beberapa hari juga aku tak cakap dengan bapaku. Waktu tu aku masih 'mentah' lagi dan lepas kejadian tu aku dah tak pernah nak fikir lagi untuk membina kolam ikan sehingga lah sekarang ni pun aku tak pernah ingat lagi benda tu semua tapi ingatan bapa aku masih kuat.
Ketika aku balik kampung baru-baru ni, lepas jer sarapan pagi dia terus bangun dan pegang tangan aku dan bawa aku pi tengok kolam ikan dia. Dia kata pada aku dengan nada yang perlahan dan sayu sekali... "Kolam ni bapa buat untuk hang, ingat tak waktu kecik-kecik dulu hang selalu dok gaduh nak buat kolam ikan... Hari ni bapa dah tunai permintaan hang..." Waktu tu air mata aku berlinang dalam kelopak mata aku cuma tunggu nak menitis saja. Aku tahan perasaan sedih tu. Sebak juga bila dengar seorang bapa meluahkan kata-kata macam tu pada anak dia. Walaupun hanya sepotong ayat yang keluar pada mulut dia pada waktu tu tapi sebaknya perasaan aku pada masa tu hanya aku yang tahu. Sudah 13 tahun kejadian tu berlalu tapi ingatan dia masih kuat dan masih ingat setiap kata-kata aku pada masa dulu dan tetap tunaikan permintaan anak dia ni... Dalam kepala aku ni sedang berfikir... Aku juga ada anak dan entah apa pula permintaan anak aku lepas nie.. Jangan suruh aku bina KLCC kat depan rumah sudah laa... hehehe... Aku cuba buat lawak bodoh kat dalam hati aku untuk 'cover' air mata yang bakal menitis. Tapi hati aku dah tak dapat menahan perasaan pilu selepas adik aku berkata-kata dari belakang aku..."Kami nak ambik sekor ikan ni pun bapa tak bagi... bapa kata tunggu hang balik baru boleh ambik... Ni kolam hang... bapa bela ikan ni untuk hang..." Bercucurlah air mata aku pada masa tuu... Aku terus peluk dan cium pipi ayah aku sambil mengesat air mata kat pipi... Waktu tu macam drama laa pulak... TAPI INGATLAH... Itulah hakikatnya yang berlaku pada aku baru-baru ni dan aku ingin berkongsi dengan anda semua.. Bapa aku dah berusia 65 tahun lebih dah... Pada usia macam dia nie dah tak perlu buat kerja-kerja macam ni dah tapi dia lakukan untuk aku... Aku sebagai seorang anak apa yang patut aku balas?? Cukupkah dengan telefon seminggu sekali?? Cukupkah dengan nilai RM100 yang aku bagi setiap bulan??
Lepas kejadian hari tu aku terus mencari jawapan sehinggalah aku temui jawapannya... Cubalah... Cubalah selalu peluk dan cium bapa setiap kali anda berjumpa dengannya tak kiralah depan orang ramai ke.. dalam masjid kaa.. tepi jalan kaa.. dalam pasar kaa... Peduli apa orang nak kata... katalah... Ni bapa kita... Selalulah hubungi dia kalau kita tinggal jauh dari dia (macam aku nie bapa kat Kedah tapi aku kat KL)... Sehari 2 kali aku call dia sampai dia kata jangan call kerap sangat.. membazir saja... Dah laa minyak mahal... (Apa kaitan minyak dengan call??) Sebenarnya orang macam bapa aku nie dah lama hidup dan pemikiran dia lebih jauh matang dari kita (exp aku laa)... Aku tanya dia apa kaitan minyak dengan cek (saya) call hari-hari?? Dia jawap simple saja... "Awat... Hang pi keja jalan kaki kaa??".... Aku terus tersenyum sorang-sorang depan telefon...
Ingatlah pesan aku yang tak seberapa nie... Sayangilah mak dan bapa anda seadanya... Kalau suatu hari nanti ditakdirkan mereka 'pergi' dulu dari kita... Memang kita akan terasa kehilangan sesuatu yang amat benilai buat kita... Pecayalah... Walaupun mak dan ayah aku masih sihat walafiat tapi aku dapat merasakan jika kehilangan mereka... Aku sayang mereka sangat-sangat... Sayangilah mak dan ayah anda juga...
Jika sesiapa yang rasa pilu baca entry aku kali ni aku minta maaf ler yer sebab aku tau air mata aku ni akan mengalir jika aku teringat apa yang bapa aku dah lakukan dan bekorban untuk aku... Maksud aku bukan sebab dia buat kolam ikan tu saja tapi berbagai-bagai lagi pengorbanan yang dia dah lakukan pada aku... Hanya aku saja yang mengetahuinya... Dia nyaris maut demi membesarkan anak-anak dia... Tak perlulah aku panjangkan lagi entry nie... Sayangilah mak dan bapa anda...
Untuk bapa... Selamat Hari Bapa...

Khas Untuk Bapa...
Original create : Roshidi Abu Bakar
Crew DreyanzColourGroup


adoi by shahdu tul la aku...aku pak pun dah x dak..tapi ucap jugak la..
bro lawa la gambaq..hang snap kt mana..
Thu 12-Jun-2008 08:04
Posted by:zaidi  - [Link]
Kak Eton : Saya lagi sedih... huahhh...huahhh... Bawa-bawa laa telofon mak ayah selalu...
Ctfazfarisi : Nak join jom lee gi kolam saya kat Kedah... Bleh jumpa ayah saya sekali... hehehe...
Zaidi : Tak paaa... meh kita berkongsi bapa sama-sama... tak laa lawa sangat... biasa jer.. hehehe... Aku snap gambar ni kat kolam ikan bapa aku laaa...
Thu 12-Jun-2008 16:03
Posted by:sheedy  - [Link]
penuh dengan jiwa....
tapi ia tak setanding himpuana jiwa zimo gurau2 yee
Wed 18-Jun-2008 07:30
Posted by:Zimo ayang.78@gmail.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 9-Jun-2008 16:07 Email | Share | | Bookmark
Halaman Jiwa Ku...

 
 
 









Entry kali mengisahkan ketenangan dan kedamaian bumi yang menghijau dengan sawah padi. Ini membuatkan aku bertambah yakin bahawa kehijauan alam boleh membuatkan minda bertambah cerdas dan cergas untuk berfikir serta menilai sesuatu. Semua gambar diatas diambil sewaktu aku pulang menjengah ibu bapaku dikampung. Terpaku aku ketika melihat keindahan sawah padi yang sedang menghijau seluas mata memandang membuatkan kerinduanku pada kisah-kisah silam sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Disinilah bumiku... Disinilah tempat permainanku zaman kanak-kanak dulu tetapi memori ingatan kian pudar ditelan zaman... Hari ini dan selamanya akan ku kenang segala kisah silam zaman kanak-kanak dulu kerana ia bisa membuatkan ku menangis dan tertawa... Inilah aku dan bumiku... "Semakin jauh aku berlari, semakin hampir aku dengan kenangan, Semakin jauh aku belayar maka semakin lupalah aku pada daratan" Tapi hari ini aku berjanji bahawa aku tidak akan lupakan segala kisah silamku... Inilah Aku... Dulu,Kini dan Selamanya...

DreyanzColourGroup
Crew Roshidi
Lokasi : Kampungku... (Alor Star,Kedah)
Tarikh : 1 Jun 2008


ermmm dekat tak dgn telok wanjah... kalu dekat mai le ke rumah...
comel kambing tuh... cium dia sikit ....
Wed 18-Jun-2008 07:36
Posted by:Zimo ayang.78@gmail.com  - [Link]
syeedy kambing ni hang nk jual x..aku nk buat nasi beriani gam kambing... Wed 18-Jun-2008 07:47
Posted by:zaidi  - [Link]
Kuang asam betoi bebudak nie... kambing aku nak dibuat nasi beriani gam...
Zimo, u balik kpg ke?? umah u dekat jer dgn umah i... gi ler umah i jalan2 tengok kambing... hehehe...
Thu 19-Jun-2008 07:54
Posted by:sheedy  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Sunday, 8-Jun-2008 17:45 Email | Share | | Bookmark
Taman Botanikal Melaka




Lokasi : Taman Botanikal Melaka
Tarikh : 6 Jun 2008 (Jumaat)
Masa : 5.30 petang

DreyanzColourGroup
Crew Roshidi



coti sakan... jeles aku... Mon 9-Jun-2008 02:11
Posted by:adi  - [Link]
hehehe... bawa isteri gi honeymoon... tapi minyak mahal ler... kos tinggi skit ler... Mon 9-Jun-2008 02:33
Posted by:sheedy  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.